Friday, 7 September 2012


sejerah elektrik 



ELEKTRIK 

                                                                                                               
                           
                                                 SEJARAH PENEMUAN ELEKTRIK

Orang-orang Yunani kuno dan Parthia tahu tentang elekrik statik, iaitu dengan menggosok benda dengan kain bulu. Walaupun penerokaan sains atas fenomena ini telah bermula pada zaman Renaissance Eropah, elektrik pada masa itu hanya digunakan dalam silap mata dan permainan-permainan, sehinggalah penemuan yang lebih mendalam dibuat pada penghujung abad ke-18 sehingga pertengahan abad ke-19.
Walaupun "rekaan" terkenal Benjamin Franklin iaitu elektrik dengan menerbangkan layang-layang semasa hujan kilat hanyalah lebih kepada cereka berbanding dengan fakta, namun teori-teorinya mengenai hubungan antara kilat dan elektrik statik telah menimbulkan minat ahli-ahli sains terkemudian untuk mengkaji dengan lebih lanjut tentang elektrik, dan hasil-hasil kerja mereka inilah yang telah menjadi asas kepada teknologi elektrik masa kini. Ahli-ahli sains ini termasuklah Michael Faraday (17911867), Luigi Galvani (1737–1798), Alessandro Volta (1745-1827), André-Marie Ampère (17751836), danGeorg Simon Ohm (1789-1854). Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 pula, ahli-ahli sains terkemuka dalam bidang kejuruteraan elektrik adalah seperti Nikola TeslaSamuel MorseAntonio MeucciThomas EdisonGeorge WestinghouseWerner von SiemensCharles Steinmetz, danAlexander Graham Bell.


      

                                                            TOKOH-TOKOH ELEKTRIK
                                            


Michael Faraday
Michael Faraday
Kelahiran22 September 1791
Newington Butts, England
Kematian25 Ogos 1867 (umur 75)
Hampton Court, Middlesex, England
KediamanEngland
KerakyatanBritish
Dikenali keranaHukum Aruhan Faraday
Elektrokimia
Kesan Faraday
Sangkar Faraday
Pemalar Faraday
Faraday cup
Faraday's laws of electrolysis
Faraday paradox
Faraday rotator
Faraday-efficiency effect
Faraday wave
Faraday wheel
Lines of force
AgamaSandemanian

Michael FaradayFRS (22 September 1791 – 25 Ogos 1867) merupakan seorang ahli kimia dan ahli fizik Inggeris (atau ahli falsafah jati, dalam terminologi masa) yang menyumbang dalam bidang elektromagnetisme dan elektrokimia.
Michael Faraday mengkaji medan magnet sekitar konduktor membawa arus terus. Semasa menjalankan kajian ini, Michael Faraday mengesahkan asas untuk konsep medan elektromagnet dalam fizik, kemudiannya diperluaskan oleh James Maxwell. Beliau juga menjumpai aruhan elektromagnet, diamagnetisme, dan hukum elektrolisis. Beliau mengesahkan bahawa magnetisme dapat mempengaruhi sinaran cahaya dan terdapat hubungan dasar antara dua fenomena.[1][2] Rekaan alatan putaran elektromagnet membentuk asas teknologi motor elektrik, dan ia banyak disebabkan hasil usahanya bahawa tenaga elektrik menjadi berdaya saing untuk digunakan dalam teknologi.



Alexander Graham Bell

Portrait of Alexander Graham Bell c. 1910
Lahir3 Mac 1847
EdinburghScotland.
Meninggal2 Ogos 1922 (umur 75)
Beinn BhreaghNova ScotiaKanada
Punca kematianPernicious anemia
PendidikanUniversiti Edinburgh
Universiti Toronto
PekerjaanPencipta, Saintis
Terkenal keranaMencipta telefon
PasanganMabel Hubbard
(kahwin 1877-1922)
Anak-anak(4) Dua anak lelaki mati ketika bayi, dua anak perempuan
Ibu bapaAlexander Melville Bell
Eliza Grace Symonds Bell
Saudara-maraGardiner Greene Hubbard(bapa mertua)
Gilbert Hovey Grosvenor(menantu lelaki)
Melville Bell Grosvenor(cucu lelaki)
Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintispencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak". Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.]Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic.Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau. Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."



                                                                                                                                         





           Georg Ohm
Georg Simon Ohm, (16 Mac 1789 ErlangenJerman - 6 Julai 1854Munich) pakar fizik Jerman, yang dilahirkan di Erlangen dan mendapat pendidikan di universiti di sana.
Beliau meninggal dunia pada usia 67 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811. Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm, yang menyatakan bahawa besar arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup adalah berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (I=V/R).
Malangnya, ketika Ohm menerbitkan penemuannya pada tahun 1827, penemuannya itu diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan dia terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nurenberg.











Nikola Tesla



Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943) merupakan seorang perekaahli fizikjurutera mekanik dan jurutera elektrik. Beliau dilahirkan di Smiljan,Croatia-Empayar Austria dan menjadi warganegara Amerika Syarikat semasa dewasa. Kerja penyelidikannya merupakan asas penciptaan arus elektrik ulang-alik yang digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. Beliau merupakan penyumbang utama di dalam penciptaan barangan elektrik pengguna serta lebih dikenali hasil daripada penyelidikannya yang menghasilkan revolusi di dalam pembangunan bidang elektromagnetik pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun ke-20. Paten dan teori kerja beliau menjadi asas kepada teori arus ulang-alik moden, sistem kuasa elektrik termasuk sistem polifasa elektrik yang digunakan dalam pengagihan elektrik. Tesla pernah menjadi pembantu kepada Thomas Edison.
Unit ukuran SI untuk medan magnet B (juga dirujuk sebagai ketumpatan fluks magnet dan induksi magnet), dikenali sebagai tesla. Ia dinamakan sempena menghormati sumbangan beliau di dalam kemajuan bidang elektrik.



                                                       UNIT SI BAGI ELEKTRIK

Unit keelektromagnetan SI
SimbolNama kuantitiUnit-unit terbitanUnitUnit-unit asas
IArusampere (Unit asas SI)AA = W/V = C/s
qCas elektrikKuantiti elektrikcoulombCA·s
VBeza keupayaanvoltVJ/C = kg·m2·s−3·A−1
R, Z, XRintanganImpedans (Galangan), Reaktans (Regangan)ohmΩV/A = kg·m2·s−3·A−2
ρKerintanganohm meterΩ·mkg·m3·s−3·A−2
PKuasa elektrikwattWV·A = kg·m2·s−3
CKapasitans (Kemuatan)faradFq/V = kg−1·m−2·A2·s4
Elastans (Anjalan)salingan faradF−1V/C = kg·m2·A−2·s−4
εKetelusanfarad per meterF/mkg−1·m−3·A2·s4
χeKerentanan elektrik(tak berdimensi)--
G, Y, BKonduksian (Kealiran), Admitans (Lepasan), RentanansiemensSΩ−1 = kg−1·m−2·s3·A2
σKekonduksian (Keberaliran)siemens per meterS/mkg−1·m−3·s3·A2
HMedan elektrik tambahan, keamatan medan elektrik,
kekuatan medan elektrik
ampere per meterA/mA·m−1
ΦmFluks magnetweberWbV·s = kg·m2·s−2·A−1
BMedan magnet, ketumpatan fluks magnet,
aruhan magnet
teslaTWb/m2 = kg·s−2·A−1
Keengganan (Reluktans)ampere-pusingan per weberA/Wbkg−1·m−2·s2·A2
LInduktans (Kearuhan)henryHWb/A = V·s/A = kg·m2·s−2·A−2
μKebolehtelapanhenry per meterH/mkg·m·s−2·A−2
χmKerentanan magnet(tak berdimensi)--